CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

May 9, 2009

kebosanan melanda...

present proposal dah lame abis...
tapi...tak reti2 nak balik jugak lagi.

bukan taknak balik lagi..cuma tak setel semuanya lagi.
kalau dah setel semua,dah lama ada kat kemaman dah...
tapi nak wat camne...weekend...
tak ramai orang yang nak keje lebih masa.

rindu sangat dah kat hero yang sorang ni.
hehe..nak dengar dia berceloteh.

my handsome hero...mohd nazrul aizat.
tunggu kepulanganku...hehe



yang lagi dua jangan la terasa..tunggu edisi lain pulak ek.
special nyer edition. PROMISE!!

May 5, 2009

the end...

hari yang ditunggu2...akhirnya sampai jugak.
ye la...hari makin lame makin banyak yang kita tempuh.

hari ni?
emmm..dah habis lagi 1 paper.
actually dah habis semua paper dah.
sori...tak sempat nak report kat sini.

dalam ayat best sikit..kira hari ni macam MINI MERDEKA jugak la.
tapi tak merdeka sepenuhnya jugak.

hehe...
time menghitung hari tu, down jugak semangat.
ye la...orang lain semua dah habis exam. tinggal sorang2 berkurung kat dalam bilik ngan buku.
tapi takpe la...
demi masa depan, kukorbankan segalanya.
cewahhh...!!

sebab ape MINI MERDEKA????
sebabnya....esok ada lagi 1 dugaan.
ape dia????

present proposal.
buat penat2...nak kena present pulak.

buat

reject

buat pulak

reject

baiki lagi

buat lagi
.
.
.
.
.
harap2 esok boleh proceed la.





hehe


to me: lots of luck

to all my frens: same la jugak. wish u all the best.

May 1, 2009

on her 23rd besday...

actually dah lama dah hari istimewa ni berlalu. tapi takpe la....abadikan kenangan kat sini.

nak tulis ape yep?

tulis je la pape pun...

tanggal 10 april. (tarikh sebenar 11 april). means kitorang celebrate mase umur 'mangsa' masih 22. muda lagi la tu.

takde ape yang spesel untuk celebration ni. yang ade yg ni je la.

spesel edition...siap berbasah ngan nadiah time gi ambik kek ni.

tapi takpe...nak celebrate nyer pasal.

rupe kek yang masih sihat. tertulis kat atas tu.."happy birthday shikin"

plan punyer plan...kire ok la, plan berjalan lancar spt yg dah diplan.

kek datang dari jauh malam tu...bukan dari rumah sendiri.





hehe...bila semua dah prepared. ape lagi? time to suprisekn birthday girl la.

rumah dah bergelap...api lilin je yang nyala. tunggu masa 'mangsa' kluar dari bilik je.

sori...bukan nak kenakan orang. kluar jugak 'mangsa' akhirnya.

hehe...kelu? kaku? terharu? excited?

ntah. tanya tuan punya badan.


haaa...ni la 'mangsa' ktorang tu. sori..terupload gambar u kt sini

ok la...semuanya setel. 'mangsa' hepi, kami hepi. 10 april in memory jgk la kiranya.




TURUT MENJAYAKAN

1. penulis - merangkap planner
2. penulis nyer rumet - planner jugak, turut sama busykn diri kt dapur
3. 'mangsa' nyer rumet - tukang cerita, ntah ape yang dia kelentong masa lengahkan masa ntah. whateva
4. our special VIP (hehe) - tolong sama2 cari kek,
tolong bawak kek dari jauh,
tolong same2 habiskan makanan jgk.

THANKS TO ALL



April 9, 2009

hakikatnya...

Manusia juga ada tiga macam,

iaitu manusia yang berilmu,

manusia yang belajar,

dan manusia yang jahat tidak menpunyai apa-apa kebaikan.

Dan manusia yang berakal adalah

manusia yang suka menerima nasihat dan

meminta maaf serta memberi maaf.

Ingatlah sebaik-baik manusia,

adalah orang yang sanggup menjadikan dirinya

sebesar-besar manfaat di tengah-tengah masyarakat.

jom kongsi..

PAKU DI DINDING

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat
mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja.

Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku. "Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut.

"Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya. Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut.

Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan.
Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.

Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira.
Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.

Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.

Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata "Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya.

Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya.

Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal.

Sahabat adalah permata yang sukar dicari.
Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakkan mu ke arah kejayaan.

Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita.

April 4, 2009

miszz u...

Sejenak hatiku mula tersentuh
Bila terkenang ibuku nun jauh
Aku di rantauan penuh kerinduan
Bersama harapan pulang ke pangkuan

Biarpun anakmu jauh di mata
Namun di hati tak pernah kulupa
Wajah manis ibu tutur kata
Menjadi menyubur semangat jiwaku

Walau selaut kucurah baktiku
Walau segunung kutabur jasaku
Namun takkan dapat dibalas
Pengorbananmu waktu kecilku

Untukmu ibu salam sayangku
Doa dan restu kupohon darimu
Agar dimudahkan laluan hidupku
Menempuh dugaan di medan ini

Alangkah rindunya belai kasihmu
Alangkah indahnya mutiara katamu
Ingin rasanya bertemu kembali
Kenangan dahulu yang harum mewangi



cuba perhati betul2 lirik lagu ni....


hehe...penangan lagu ni, aku jadi teringat kat dia di kampung. rindu sangat3!!!!

ni yang buat rasa cam nak balik ni...


masa...cepat la berlalu. inginkan kulepaskan rindu pada mereka.

April 2, 2009

kenangan terindah..

dah lama jugak tak tulis something kat laman ni. bukan ape, busy sikit.
so...apa kata tulis something sikit hari ni.

hari ni...tanggal 3 april 2009 bersamaan minggu 12 merupakan last session untuk makroteaching.
hari ni sesi untuk my frens la pulak.

best jugak la join lab macroteaching ni..besides, dapat new knowledge pasal teaching...dapat la jugak merasa berlakon jadi student. haha..boleh bayang tak, bakal-bakal cikgu yang jadi anak murid? not bad la. memang nampak sangat la palsunya. tapi best.

ada jugak la time borink sangat3. most of the tyme is time buat microteaching. ye la..nak kena jadi student untuk 8 sesi pengajaran. so...ada la kerja2 part time yang kitorang buat untuk tak rasa bosan sangat. cikgu bagi bahan suruh guna time pnp,tapi kitorang tunjuk la kepakaran masing2. hehe












ni la hasil kerja kitorang.
credit to syanie













yang ni pun hasil 'kraftangan' kitorang jugak. not bad laa..


tapi...kami bukan nakal sangat. kami buat jugak ape yang cikgu kami suruh. so.. ni hasilnya.















vascular bundle dalam dicot stem

so today..time untuk my frens present. azam? hehe..nak jadi best student la hari ini. kelas terakhir la katakan.

to all my frens.....GOOD LUCK!!!.