CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

March 29, 2009

sabar je laa

14 PANDUAN MENGEMBANGKAN SIFAT SABAR

  1. Jangan terlalu memikirkan mengenai masalah, sakit kepala dan kesakitan serta mengharapkan simpati dan perhatian daripada orang lain.
  2. Terimalah hakikat bahawa lebih banyak perhatian yang anda berikan kepada perkara-perkara ini lebih teruklah keadaan anda nanti. Semua perkara akan menjadi kelam kabut dan hati anda terluka dan berasa tidak sabar kerana orang lain tidak ambil peduli.
  3. Jangan fikir anda harus menunjuk kepada orang lain bahawa anda berada dalam keadaan yang betul dan dapat memenangi hati mereka dalam setiap perkara yang anda lakukan.
  4. Terimalah hakikat betapa sukarnya untuk menyenangkan hati setiap orang pada setiap masa. Pastikan bahawa anda bersikap adil dan wajar dan biarkan masa menentukannya.
  5. Jangan fikir anda mengetahui benar apa yang terbaik untuk orang lain.
  6. Terimalah hakikat sementara anda boleh terus cuba memujuk, tetapi akan menimbulkan kesusahan untuk mengharapkan mereka melakukan apa yang anda hendakkan. Ini tentunya mencetuskan ketidaksabaran ke atas kedua-dua pihak.
  7. Jangan memikirkan bahawa kerana terdapat mereka yang tidak bersetuju dengan anda, mereka bersifat tidak wajar terhadap anda.
  8. Terimalah hakikat bahawa manusia berhak kepada pandangan yang dikemukakan. Anda mengharapkan mereka membenarkan anda mendapat hak yang sama itu.
  9. Jangan fikirkan mengenai semua perkara buruk yang akan berlaku ke atas diri anda.
  10. Terimalah keadaan bahawa setiap orang mempunyai masa rehatnya. Cuba lihat di luar daripada diri anda.
  11. Bersimpati terhadap orang lain akan membantu anda bersifat lebih sabar.
  12. Jangan fikirkan bahawa sifat yang tidak menentu itu (moodiness) dalam diri seseorang adalah terlalu penting.
  13. Terimalah hakikat kadangkala diri kita yang baik inipun boleh mengalami sifat berubah-ubah atau tidak menentu itu. Hadapilah dengan tenang dan cubalah kawal sifat berubah-rubah diri anda itu.
  14. Jangan fikir bahawa cita-clta dan apa yang anda kehendaki adalah terlalu penting.

Terimalah hakikat bahawa wujudnya kesulitan jika terlalu mengharapkan sesuatu perkara dalam hidup, terhadap diri anda dan orang lain. Jika anda terlalu berharap, kedukaan dan kekecewaan akan menjadikan anda sedih dan berkelakuan hilang sabar.

untuk renungan bersama

Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu,
Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu,
Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.
Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya.

March 9, 2009

hidup ibarat pokok pisang

pokok pisang banyak gunanya dalm kehidupan kita seharian. dari daun sampai ke batang, semua memberi manfaat kepada manusia.

tp, specialnya pokok pisang, tumbuh sang ibu dikelilingi anak sebagai teman untuk mempelajari erti hidup dari pengalaman ibu. alkisah si pokok pisang, tumbuh tidak disenangi si empunya tanah. batang pisang ditebang dengan niat menghapus riwayat. namun, realiti pohon pisang, dicantas pastinya akan tumbang. tp, berikan ia masa, ia akan bercambah kembali. dicantas lagi, teras tengahnya bercambah lagi.

realiti si pohon pisang, kerana hadir tidak disenangi, pohon dicincang, disimbah minyak, lalu dibakar. pisang yang merupakan ibu kepada anak-anak pisang yang lain ini pasti akan mati. namun, mati bukan sia-sia. berkorban ibu kepada si anak. abu dari sisa diri ibu menjadi baja kepada anak-anak. anak-anak pisang makin menyubur. namun, apakan daya. hadirnya pisang tidak disenangi.

anak-anak pisang, dicabut dan dibuang ke semak-samun. disangka anak-anak pisang akan mati. namun......akhirnya, anak pisang survive lagi. walaupun dibuang ke tempat yang tidak sesuai, anak pisang mempu lagi berdikari.

lumrah ciptaan pisang, hidup pasti akan mati. namun, berbuah hanya sekali. setelah berbuah, pasti akan menyembah bumi. namun, perjuangan si pohon pisang, sebelum mati akan cuba berbakti. sebelum berbuah, tidak akan mengenal putus asa walaupun diuji dengan pelbagai cubaan.

renungan: hiduplah umpama pohon pisang. memang semua ciptaan akan mati. namun...sebelum jasad dimamah bumi, berjuang la demi kejayaan sendiri di dunia dan di akhirat.

March 6, 2009

simbiosis

Pagi yang indah ini
Tersenyum sendiri
Ciak-miak burung di luar jendela
Seakan memanggil namamu

Jika ku punya mata
Nun di atas angkasa
Kan ku tengok dikau

Setiap ketika
Di mana saja kau berada
Walau di mana pun dikau berada
Berjalan atas bumi yang tua

Akan ku turut serta
Bagaikan udara
Simbiosis di antara kita


Aku tak pandai mengarang puisi
Tidak ku pandai bermadah berseni
Satu kalimah yang ku seikhlas tahu
Hanyalah ku cinta padamu


best jugak lirik lagu ni...

tapi..cakap pasal simbiosis, sebenarnya ada perkara yang kita boleh kongsikan bersama.

simbiosis = living together.

tahukah anda....simbiosis ada 3 jenis?

1) mutualisme
kisahnya mcm ni...it juz like we need each other. living together n sama-sama dapat kebaikan.
kita sama-sama menyumbang dan sama-sama dapat kebaikan. alangkah bagus kalau mutualisme ni dapat disemai dalam setiap persahabatan. bak kate org.."i need you because i love you"

2) komensalisme
kita tetap hidup bersama, tapi...saya hanya perlukan awak. everything yours is mine. you give me advantages. tapi...i can give you nothing. bak kate orang..."i love you because i need you"

3) parasitisme
kalau tgk pada nama,memang akan cakap tak ramai yang ada hubungan 'kawan' yang cam ni. tapi...hakikatnya..perkara cam ni banyak berlaku dalam hidup manusia. juz imagine..."kau kawan aku." lafaz yang hanya diucapkan apabila kita bersama. namun,sebaliknya.....sape yang tau. depan lain...belakang lain pula jadinya. "i juz want benefits from you,but in fact is, i will harm you"

sama-samalah kita renungkan...;)