CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

April 9, 2009

hakikatnya...

Manusia juga ada tiga macam,

iaitu manusia yang berilmu,

manusia yang belajar,

dan manusia yang jahat tidak menpunyai apa-apa kebaikan.

Dan manusia yang berakal adalah

manusia yang suka menerima nasihat dan

meminta maaf serta memberi maaf.

Ingatlah sebaik-baik manusia,

adalah orang yang sanggup menjadikan dirinya

sebesar-besar manfaat di tengah-tengah masyarakat.

jom kongsi..

PAKU DI DINDING

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat
mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja.

Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku. "Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut.

"Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya. Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut.

Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan.
Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.

Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira.
Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.

Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.

Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata "Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya.

Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya.

Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal.

Sahabat adalah permata yang sukar dicari.
Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakkan mu ke arah kejayaan.

Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita.

April 4, 2009

miszz u...

Sejenak hatiku mula tersentuh
Bila terkenang ibuku nun jauh
Aku di rantauan penuh kerinduan
Bersama harapan pulang ke pangkuan

Biarpun anakmu jauh di mata
Namun di hati tak pernah kulupa
Wajah manis ibu tutur kata
Menjadi menyubur semangat jiwaku

Walau selaut kucurah baktiku
Walau segunung kutabur jasaku
Namun takkan dapat dibalas
Pengorbananmu waktu kecilku

Untukmu ibu salam sayangku
Doa dan restu kupohon darimu
Agar dimudahkan laluan hidupku
Menempuh dugaan di medan ini

Alangkah rindunya belai kasihmu
Alangkah indahnya mutiara katamu
Ingin rasanya bertemu kembali
Kenangan dahulu yang harum mewangi



cuba perhati betul2 lirik lagu ni....


hehe...penangan lagu ni, aku jadi teringat kat dia di kampung. rindu sangat3!!!!

ni yang buat rasa cam nak balik ni...


masa...cepat la berlalu. inginkan kulepaskan rindu pada mereka.

April 2, 2009

kenangan terindah..

dah lama jugak tak tulis something kat laman ni. bukan ape, busy sikit.
so...apa kata tulis something sikit hari ni.

hari ni...tanggal 3 april 2009 bersamaan minggu 12 merupakan last session untuk makroteaching.
hari ni sesi untuk my frens la pulak.

best jugak la join lab macroteaching ni..besides, dapat new knowledge pasal teaching...dapat la jugak merasa berlakon jadi student. haha..boleh bayang tak, bakal-bakal cikgu yang jadi anak murid? not bad la. memang nampak sangat la palsunya. tapi best.

ada jugak la time borink sangat3. most of the tyme is time buat microteaching. ye la..nak kena jadi student untuk 8 sesi pengajaran. so...ada la kerja2 part time yang kitorang buat untuk tak rasa bosan sangat. cikgu bagi bahan suruh guna time pnp,tapi kitorang tunjuk la kepakaran masing2. hehe












ni la hasil kerja kitorang.
credit to syanie













yang ni pun hasil 'kraftangan' kitorang jugak. not bad laa..


tapi...kami bukan nakal sangat. kami buat jugak ape yang cikgu kami suruh. so.. ni hasilnya.















vascular bundle dalam dicot stem

so today..time untuk my frens present. azam? hehe..nak jadi best student la hari ini. kelas terakhir la katakan.

to all my frens.....GOOD LUCK!!!.